Berkenaan Minda 2025: Apa yang Didedahkan oleh Penyelidikan Ipsos Mengenai Perubahan Sikap terhadap Kesihatan Mental

Setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia mengajak kita untuk berhenti seketika - untuk merenung, berbincang dan mengambil berat. Tetapi apabila dunia berubah, begitu juga cara kita berfikir tentang kesejahteraan mental. 

Laporan terkini Perkhidmatan Kesihatan Ipsos 2025 mengambarkan situasi yang mendedahkan: kita bercakap dengan lebih terbuka mengenai kesihatan mental berbanding sebelum ini, namun cabaran seperti akses, kemampuan dan tekanan kekal berakar umbi dalam kehidupan seharian. 

🌍 Keutamaan Global- Kesihatan Mental Menjadi Topik Utama Perbualan

Di 34 buah negara yang ditinjau, kesihatan mental kekal sebagai salah satu daripada tiga kebimbangan kesihatan utama, kedua selepas kanser dan sedang mendahului penyakit jantung. Jumlah itu telah meningkat dengan mendadak sejak tahun 2018 (meningkat 18 pp). 

Kesihatan mental menduduki tempat teratas di Australia, 62% responden mengatakan ia adalah isu kesihatan terbesar negara mereka. Ia juga berada di antara kebimbangan utama di Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan.

Kesedaran yang tinggi ini menunjukkan bahawa kesejahteraan mental telah menjadi keutamaan global. Kini, kebanyakan orang melihat kepentingnya sama seperti kesihatan fizikal, namun masih ramai yang merasakan sistem penjagaan kesihatan masih belum menyamainya secara penuh.

10 Mental Health

📊 Tekanan Meningkat - Terutamanya Dalam Kalangan Generasi Muda 

Data Ipsos mendedahkan bahawa tekanan dan kebimbangan menjadi semakin biasa, dengan generasi muda yang paling merasakannya.

  • Gen Z (73%) mengatakan bahawa mereka berasa tertekan sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.
  • 71% dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 35 tahun mengatakan mereka sangat tertekan sehingga mereka tidak dapat menahannya pada satu ketika pada tahun lepas.

Di dalam sebuah kajian Ipsos baru-baru ini mengenai pendidikan, satu daripada tiga orang mengenal pasti kesihatan mental sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh golongan muda. Hal ini mendahului salah satu kebimbangan yang utama dalam pendidikan: membuli.
 

 

💡Kesedaran Adalah Tinggi - Tetapi Akses Masih Mempunyai Jurang

Walaupun perbualan tentang kesihatan mental lebih terbuka berbanding sebelum ini, akses kepada perkhidmatan kesihatan mental kekal sebagai isu utama. 

  • Di Indonesia, 61% responden mengatakan kos menjadi penghalang kepada mereka daripada mengakses sokongan kesihatan mental profesional.  
  • Separuh daripada rakyat Malaysia (52%) mengalami penantian yang lama untuk mendapatkan rawatan, namun 75% masih menilai kualiti penjagaan kesihatan mereka sebagai baik (+3pp sejak 2018).

Penemuan ini menunjukkan jurang yang jelas: kesedaran bertambah baik, tetapi cabaran sistemik kekal daripada kemampuan sehingga ke ketersediaan. 

 

 

🤝 Peralihan Manusia: Daripada Berdiam Diri kepada Menyokong

Data Ipsos 2025 juga menunjukkan sesuatu yang sangat baik: peralihan budaya daripada berdiam diri kepada pemahaman bersama. 

Lebih separuh responden (52%) di seluruh dunia kini menyatakan bahawa mereka berasa selesa membincangkan tentang kesihatan mental dengan rakan atau keluarga - meningkat daripada 46% pada dua tahun lalu. Perubahan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia mewakili langkah kolektif menuju ke hadapan.

Stigma mula berubah, digantikan dengan empati dan keterangkuman. Tempat kerja, sekolah dan komuniti mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk bercakap, dan hasilnya menunjukkan: mereka yang berasa disokong akan lebih cenderung untuk menyatakan kesejahteraan mental mereka sebagai "baik" atau "sangat baik"

 

 

🌱 Memandang ke Hadapan: Lebih daripada Kesedaran

Laporan Perkhidmatan Kesihatan Ipsos 2025 menjelaskan satu perkara — kesihatan mental bukan lagi sekadar topik perbualan; ia merupakan keutamaan masyarakat. 

Sambil kita mengenang Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, mari kita ingat bahawa kesejahteraan mental bukan hanya sekadar mengenai menerimanya. Ianya mengenai hubungan, empati dan kemajuan yang dikongsi. 

Kerana ketika kita bercakap, mendengar dan menyokong satu sama lain, kita bukan sahaja mengurangkan stigma, tetapi kita juga membina dunia yang lebih sihat dan lebih memahami.                 

 
 

Sumber: Kajian Ipsos, dijalankan dalam kalangan 23,274 orang dewasa berumur 16–74 tahun di 34 buah negara antara bulan Januari dan Mac 2025. 

Kongsi siaran ini