Pendidikan bukan hanya sekadar mengenai buku teks dan peperiksaan. Ia mencerminkan keutamaan, cabaran dan aspirasi masa depan masyarakat kita. Kajian Ipsos terkini di 30 buah negara, menjelaskan bagaimana masyarakat di seluruh dunia melihat keadaan pendidikan, perkara yang paling membimbangkan mereka terhadap golongan muda, dan bagaimana teknologi membentuk semula bilik darjah.
Pandangan Bercampur baur mengenai Kualiti
Di peringkat global, hanya satu daripada tiga orang (34%) berpendapat bahawa sistem pendidikan di negara mereka berada pada tahap yang baik, manakala 35% mengatakan sebaliknya. Jangkaan untuk masa depan juga berbeza: di negara-negara yang mempunyai kadar kesuburan yang lebih rendah, ramai menjangkakan populasi pelajar akan menurun dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kesihatan Mental Menjadi Pusat Perhatian
Kesihatan mental kini dilihat sebagai cabaran nombor satu yang dihadapi oleh golongan muda. Merentasi semua generasi, kebimbangan terhadap kegelisan, kemurungan, dan tekanan mengatasi kebimbangan terhadap ekonomi atau bahkan buli. Lebih separuh (53%) mengatakan kesihatan mental orang muda di negara mereka adalah "tidak baik.”
Teknologi: Bantuan atau Halangan?
Tujuh daripada sepuluh orang di seluruh dunia menyokong pengharaman media sosial untuk kanak-kanak di bawah 14 tahun, di dalam dan di luar sekolah. Pada masa yang sama, perbincagan diteruskan mengenai sama ada telefon pintar dan AI harus digunakan di dalam bilik darjah atau tidak supaya dapat mengekalkan tumpuan dan kesejahteraan.
Subjek Kegemaran dan yang Paling Tidak Digemari
Di seluruh dunia, subjek sejarah, matematik dan sains dilihat sebagai mata pelajaran kegemaran, tetapi subjek ini juga menjadi antara yang paling tidak disukai oleh kumpulan umur yang berbeza. Menariknya, jurang jantina dalam pemilihan subjek semakin rapat, terutamanya untuk mata pelajaran STEM seperti matematik dan sains, di mana generasi muda di antara lelaki dan perempuan hampir tidak menunjukkan perbezaan minat.
Laluan Masa Hadapan
Tiada cabaran yang sama untuk semua. Sesetengah negara bimbang tentang kurikulum yang ketinggalan zaman, yang lain tentang akses yang tidak sama rata atau kekurangan pembiayaan. Apa yang jelas ialah masyarakat dunia bukan sahaja sedang memikirkan semula perkara yang dipelajari oleh pelajar, tetapi bagaimana sekolah boleh menyediakan mereka untuk masa depan yang tidak menentu.
(Sumber: Kajian Ipsos dijalankan pada 20 Jun - 4 Julai 2025, ke atas 23,700 orang dewasa di 30 buah negara di seluruh dunia)
Baca artikel: Majoriti di semua negara kini menyokong larangan kanak-kanak bawah 14 tahun daripada menggunakan media sosial
Pendidikan sentiasa berkembang, dibentuk oleh cabaran dan peluang baru. Pada pandangan anda, apakah keutamaan yang paling penting bagi pelajar hari ini?
Ingin berkongsi pendapat anda tentang masa depan pendidikan? Ambil tinjauan Ipsos iSay kerana suara anda adalah penting. ✨
