Mengenai Ipsos iSay

Mengenai Ipsos iSay

Ipsos iSay adalah komuniti ganjaran dalam talian dengan berjuta ahli yang meraikan kuasa yang ada pada suara.

Kami komited untuk memperkasakan komuniti yang mencipta perubahan, menjadikan suara mereka didengari dan memberi impak yang bermakna - satu kajian dalam satu masa.

Lebih 5 Juta Ahli

Di Seluruh Dunia

Lebih 50 Negara

Di Seluruh Dunia

Lebih 2 Juta Ganjaran

Ditebus setiap tahun

Didorong oleh pakar, dikuasakan oleh Ipsos

Ipsos iSay memastikan pendapat anda yang dihargai membuat perubahan untuk pasaran, kerajaan dan jenama tempatan dan global dengan melibatkan anda dalam tinjauan yang menyumbang kepada keputusan yang memberi kesan kepada seluruh dunia.

Terdapat berjuta-juta ahli Ipsos iSay merentasi lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Ipsos iSay adalah sebahagian daripada Ipsos, salah satu firma penyelidikan pasaran terbesar di dunia.

Misi Kami: memperkasakan anda untuk mencipta perubahan, menjadikan suara anda didengari dan memberi impak

Di Ipsos iSay, kami menghargai suara anda dan pandangan unik yang anda bawa. Ambil tinjauan, kongsi pendapat anda dan pacu perubahan pada skala global. Penyertaan anda diiktiraf dan akan diberikan ganjaran, menekankan peranan penting anda di dalam pembuatan keputusan dan meningkatkan kesedaran global.

Sertai kami di dalam pengalaman yang bermakna ini untuk mencipta dunia yang lebih pintar, lebih terhubung, di mana pendapat anda bukan hanya memberi maklumat, ia juga memberi inspirasi kepada trend baharu dan membentuk naratif. Bersama-sama, mari kita gunakan kuasa pada suara kita untuk mempengaruhi perubahan!

Sumbangan Ipsos iSay anda

Terokai beberapa peluang bersama kami

Tinjauan Harian
Tinjauan Harian

Kami akan memadankan anda dengan tinjauan terbaik untuk minat dan gaya hidup anda.

Ujian Produk
Ujian Produk

Uji produk baharu dan menarik sebelum ia berada di pasaran.

Kajian Secara Langsung
Kajian Secara Langsung

Sertai sesi temu bual dan video secara langsung mengenai topik yang anda minati.

Komuniti Khas
Komuniti Khas

Sertai kumpulan penyelidikan berasaskan topik dan ambil bahagian di dalam tinjauan.

Jurnal Aktiviti
Jurnal Aktiviti

Kongsi pendapat anda tentang pelbagai topik melalui tinjauan pendek.

Rewards

Pilih ganjaran yang terbaik

Sertai tinjauan Ipsos iSay untuk mendapatkan mata ganjaran dan tebusnya untuk pelbagai ganjaran yang menarik!

Pilih sama ada kad hadiah popular atau kad prabayar. Anda pasti akan menemui ganjaran Ipsos iSay yang sesuai untuk anda.

PayPal Visa Amazon Starbucks
PayPal Visa Amazon Starbucks

Mengapa Sertai Ipsos iSay?

Ambil tinjauan

Anda bukan sahaja menyaksikan perubahan, anda menciptanya.

Cuba dan alami

Jadilah yang pertama untuk mencuba produk baharu, mengambil bahagian di dalam kajian secara langsung dan banyak lagi!

Memberi impak

Suara anda mampu mempengaruhi pembuat keputusan dan menterjemahkan sesuatu idea menjadi realiti.

Dapatkan ganjaran

Dapatkan ganjaran dengan berkongsi pandangan berharga anda.

Privasi anda adalah keutamaan kami

Kami mematuhi dasar privasi dan perlindungan data yang sangat ketat supaya data anda kekal sulit dan selamat. Kepercayaan adalah asas kepada komuniti kami, dan kami berdedikasi untuk memeliharanya.

Standard yang tinggi

Kami mematuhi piawaian privasi antarabangsa dan mengikuti garis panduan penyelidikan pasaran yang terkini.

Pilih untuk keluar pada bila-bila masa

Penyertaan anda adalah secara sukarela dan anda boleh meminta untuk pemadaman maklumat anda pada bila-bila masa.

Tujuan statistik

Maklumat dianalisis dan digunakan untuk membuat inferens tentang populasi yang lebih besar berdasarkan sampel yang lebih kecil, bukan terhadap individu tertentu.

Soalan Lazim

Adakah anda mempunyai sebarang soalan?

Anda boleh menyertai terus dari laman web kami atau pada aplikasi mudah alih kami! Hanya klik pada butang "Sertai Sekarang" di halaman utama.

Keahlian adalah sentiasa percuma! Tiada yuran tersembunyi, dan kami membiayai kesemua kos perbelanjaan. Bukan itu sahaja, setiap kali anda mengambil bahagian di dalam penyelidikan dengan Ipsos iSay anda akan memperoleh mata ganjaran yang anda boleh gunakan untuk menebus ganjaran kegemaran anda.

Mendapatkan mata ganjaran dengan Ipsos iSay adalah mudah! Anda akan dapat melihat nilai mata ganjaran bagi setiap tinjauan sebelum anda mulakannya, secara asasnya ia bergantung pada panjang tinjauan. Pada kebiasaanya, mata ganjaran akan ditambahkan pada akaun anda sejurus selepas menamatkan tinjauan. Selain itu, nikmati mata ganjaran bonus hanya dengan melengkapkan profil anda buat kali pertama! Nantikan juga lebih banyak peluang yang menarik seperti cabutan bertuah yang menyeronokkan.

Menyertai Ipsos iSay membawa kepada pelbagai manfaat! Berikut adalah apa yang akan anda terima: Peroleh mata ganjaran dengan mengambil tinjauan dan tebus mata ganjaran anda untuk pelbagai ganjaran. Mempengaruhi pengguna dan pembuat keputusan sosial dengan pandangan dan pendapat anda.

Keahlian adalah sentiasa PERCUMA.

Baca lebih lanjut

Sertai Sekarang