Kesihatan Hari Esok Bermula Hari Ini 🌿

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, untuk kekal sihat bukanlah perkara yang mudah. Dengan jadual yang sibuk, pilihan makanan yang mudah diperoleh dan kurang masa untuk bergerak aktif, ramai orang mendapati semakin sukar untuk mengekalkan gaya hidup yang seimbang.

Sebuah Kajian Ipsos mendedahkan bahawa obesiti semakin menjadi kebiasaan dalam pelbagai negara dan kumpulan umur. Walaupun ini mungkin kedengaran membimbangkan, ia juga membawa peluang penting: untuk lebih memahami tabiat kita dan mengambil langkah kecil dan positif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Apakah berita baiknya? Perubahan yang paling kecil juga mampu membawa kesan yang besar.

1. Trend Yang Semakin Berkembang Yang Kita Semua Boleh Lihat

Obesiti bukan sekadar persepsi. Tinjauan Ipsos menunjukkan bahawa 7 daripada 10 orang yang hidup dengan obesiti melihatnya sebagai "keadaan perubatan yang memerlukan pengurusan berterusan", manakala 66% juga percaya ia "boleh dicegah melalui pilihan peribadi." Ini mencerminkan pemahaman dua aspek tentang obesiti sebagai keadaan perubatan dan suatu kebimbangan kesihatan awam yang semakin meningkat.

Namun, kesedaran tentang risiko kesihatan tersebut masih terhad. Hanya separuh daripada masyarakat yang hidup dengan obesiti sedar tentang kaitan terhadap penyakit jantung (52%) dan diabetes (53%), dan lebih sedikit lagi mengaitkannya dengan kanser tertentu (18%). 

Secara keseluruhan, kesedaran terhadap obesiti adalah tinggi, tetapi pemahaman tentang kesan kesihatannya yang lebih luas masih sedang berkembang.

 

💡 Realiti Setiap Hari

Kami bertanya: "Ketika sedang cuba kekal sihat, apa yang biasanya menganggu rancangan tersebut?", dan jawapannya menunjukkan betapa mencabarnya tabiat kekal sihat dalam kehidupan seharian:

🍕 Makanan lazat ada di mana-mana – 40%

🛋 Terlalu selesa untuk bergerak – 10%

Tiada masa – 16%

😅 Hilang motivasi  – 12%

📱 Penggunaan telefon yang tiada had – 18%

 

Keputusan ini mewakili pelawat laman web Ipsos iSay di 11 buah negara Asia dan Oceania dari 14 – 30 April dan mungkin tidak mencerminkan pandangan penduduk umum.

 

👉 Ini menunjukkan bahawa kekal sihat bukan hanya tentang mengetahui apa yang perlu dilakukan, tetapi ia tentang menguruskan gangguan dan tekanan harian.

A Healthier Tomorrow Starts Today 🌿

2. Faktor Gaya Hidup Di Sebalik Trend

Apabila melihat gambaran yang lebih besar, masyarakat menunjukkan gabungan faktor gaya hidup dan persekitaran harian:

  • Kira-kira 80% mengatakan diet tidak sihat adalah faktor utama
  • Kira-kira 70% mengaitkannya dengan kekurangan aktiviti fizikal
  • Ramai juga yang menyatakan gaya hidup moden yang menjadikan pilihan sihat lebih sukar, seperti waktu kerja yang panjang, tahap tekanan yang tinggi, serta ketersediaan makanan diproses yang mudah didapati secara meluas

Ini memberitahu kita sesuatu yang penting: ia bukan sahaja mengenai keputusan individu, tetapi juga bagaimana kehidupan moden distrukturkan.

 

3. Kebimbangan & Pertimbangan

Oleh kerana berat badan mereka, orang yang hidup dengan obesiti sering merasa :

  • 48% bimbang tentang masalah Kesihatan pada masa depan
  • 42% risau tentang kesihatan atau kesejahteraan semasa
  • 36% bimbang tentang cara orang lain melihat mereka

Sebanyak 70% orang yang hidup dengan obesiti telah mengelakkan aktiviti sosial, riadah atau romantik pada tahun lalu kerana berat badan mereka menunjukkan kesan sosial dan emosi yang ketara yang mungkin dialami. Ini lebih ketara dalam kalangan wanita, orang dewasa yang lebih muda (18–45), dan mereka yang bekerja.

Kesan ini melangkaui kesihatan fizikal — kesejahteraan emosi dan sosial turut terjejas secara mendalam, sekali gus menekankan keperluan untuk pemahaman yang lebih baik, sokongan yang lebih menyeluruh, serta perbincangan yang lebih inklusif mengenai kesihatan.
 

4. Masyarakat Ingin Menjadi Lebih Baik

Ini adalah bahagian yang positif; orang ramai sedang berusaha.

81% orang yang hidup dengan obesiti telah mempertimbangkan untuk menurunkan berat badan, dan 56% telah dinasihatkan untuk berbuat demikian untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Langkah-langkah yang telah diambil untuk menguruskannya:

  • 50% telah mencari maklumat dalam talian atau melalui keluarga dan rakan-rakan
  • 35% telah berbincang dengan doktor
  • 33% telah mencuba diet trend sementara

Niatnya jelas, begitu juga usaha yang dilakukan. Namun, mencari cara yang mudah dan mampan untuk kekal konsisten masih menjadi cabaran, sekali gus menunjukkan keperluan untuk lebih empati, sokongan, dan panduan yang mudah diakses.

 

Sumber: Kajian Sindikasi Ipsos Mengenai Persepsi Global Terhadap Obesiti. Asas: 14,500 orang dewasa dalam talian berumur 18–75 tahun di 14 buah negara, ditemu bual dari 17 Disember 2025 - 9 Januari  2026

 

Perubahan Kecil Boleh Membawa Perbezaan Yang Besar

Meningkatkan tahap kesihatan anda tidak semestinya membebankan. Pilihan harian yang kecil boleh membawa perubahan yang ketara dari semasa ke semasa:
 

  • Memilih makanan yang dimasak di rumah dengan lebih kerap
  • Memperbanyakkan berjalan kaki dalam rutin harian anda
  • Minum lebih banyak air
  • Mendapat rehat yang cukup

Tabiat mudah seperti ini boleh menyokong kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

 

Di  Ipsos iSay, kami percaya bahawa memahami pengalaman harian orang ramai dapat mencetuskan perbualan yang lebih bermakna serta perubahan yang positif. Dengan berkongsi pendapat dan pandangan, ahli kami menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang topik penting seperti kesihatan, gaya hidup dan kesejahteraan.

Ambil tinjauan sekarang dan kongsi pendapat anda tentang topik seperti ini kerana setiap suara membantu membentuk pemahaman yang lebih baik tentang dunia di sekeliling kita 🌿

Kongsi siaran ini