Mengutamakan Minda Anda: Anda Rasa Ia Penting?

Landskap kesihatan sedang berubah. Walaupun kesejahteraan fizikal kekal penting, kesihatan mental semakin dipandang sebagai komponen penting dalam kehidupan yang seimbang. Apabila pemahaman kita tentang kesejahteraan mental berkembang, begitu juga pendekatan kita terhadap penjagaan dan sokongan.

Kesihatan mental semakin dikenali sebagai komponen penting dalam kesejahteraan secara keseluruhan. Tinjauan Ipsos baru-baru ini mendedahkan bahawa 78% orang dewasa di 31 buah negara percaya bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Ini mencerminkan perubahan ketara dalam sikap, dengan kesihatan mental kini dianggap sebagai kebimbangan kesihatan tertinggi di seluruh dunia, mengatasi penyakit seperti kanser.

Namun demikian, disebalik kesedaran yang semakin meningkat ini, terdapat jurang perbezaan dalam bagaimana kesihatan mental dirawat. Hanya 34% daripada responden di seluruh dunia merasakan bahawa sistem kesihatan mereka merawat kesihatan mental dan fizikal secara sama rata. Ini mencadangkan peluang untuk sistem kesihatan supaya menyepadukan lagi perkhidmatan kesihatan mental dan memastikan akses yang saksama untuk menjaga kesemua individu.
 
Jurang perbezaan ini mungkin dapat dilihat dalam pelbagai bidang seperti peruntukan sumber, perlindungan insurans, dan ketersediaan profesion pakar kesihatan mental. Menangani cabaran sistemik ini boleh meningkatkan kesihatan mental dengan ketara di seluruh dunia.
TodayNov24_MS

Kesan Tekanan Terhadap Kehidupan Harian

Tekanan adalah faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan mental. Tinjauan mendapati bahawa 62% orang mengalami gangguan dalam kehidupan seharian mereka akibat tekanan pada tahun lalu, dan 39% terpaksa mengambil cuti kerja atas sebab yang berkaitan dengan tekanan. Angka-angka ini menggariskan kesan tekanan yang meluas terhadap individu dan tenaga kerja.

 

Meneroka Pengalaman Berdasarkan Jantina

Tinjauan tersebut juga mendedahkan perbezaan jantina dalam kebimbangan kesihatan mental, dengan wanita umumnya lebih cenderung untuk mengenal pasti kesihatan mental sebagai isu utama berbanding lelaki. Perbezaan ini amat ketara dalam kalangan generasi muda, dengan wanita Gen Z menunjukkan tahap kebimbangan yang jauh lebih tinggi daripada rakan lelaki mereka. Ini menekankan keperluan untuk pendekatan khusus terhadap jantina untuk sokongan dan perkhidmatan kesihatan mental.

 

Mengutamakan Kesejahteraan Mental

Walaupun cabaran masih ada, kesedaran yang semakin meningkat tentang kesihatan mental adalah perkembangan positif. Lebih ramai orang mengakui kepentingan kesejahteraan mental dan mendapatkan sokongan untuk isu kesihatan mental. Peningkatan kesedaran ini, ditambah dengan usaha berterusan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan mental, menawarkan harapan untuk masa hadapan di mana kesihatan mental menerima perhatian dan sumber yang sepatutnya.

 

Kongsi perspektif anda dan bentuk masa hadapan kesejahteraan mental. Ambil bahagian dalam tinjauan Ipsos iSay tentang kesihatan mental dan topik penjagaan kesihatan yang lain. Lawati papan pemuka anda untuk mendapatkan tinjauan yang tersedia dan bantu melakukan perubahan.

 

Sumber: Tinjauan Ipsos terhadap 23,667 orang dewasa di bawah umur 75 tahun di 31 negara, dijalankan antara 26 Julai dan 9 Ogos 2024.

 

Kongsi siaran ini