Mendapat Mata
Bagaimanakah saya boleh mendapat mata?
Dapatkan mata dengan menjawab tinjauan dengan Ipsos iSay. Jumlah mata yang anda peroleh untuk setiap tinjauan akan ditunjukkan sebelum anda menjawab tinjauan dan mungkin bergantung pada beberapa faktor, termasuk panjang tinjauan. Mata anda akan ditambahkan ke Baki Mata anda dalam beberapa minit setelah anda menjawab tinjauan, kecuali arahan tinjauan menyatakan sebaliknya.
Bagaimanakah cara menyemak jumlah mata yang saya ada?
Setelah mendaftar masuk, baki mata semasa anda dipaparkan di bahagian atas halaman di sebelah bintang kuning. Anda dapat melihat maklumat yang lebih terperinci mengenai mata yang anda peroleh dan mata yang anda belanjakan pada ganjaran dengan mengklik mata di bahagian atas halaman di sebelah bintang kuning.
Berapa kerapkah mata di akaun saya akan dikemaskinikan?
Mata yang anda peroleh ditambahkan ke akaun anda dalam masa beberapa minit setelah anda menyelesaikan tinjauan, kecuali arahan tinjauan menyatakan sebaliknya. Dalam beberapa kes, mata mungkin memerlukan beberapa hari untuk diberikan.
Bagaimana pula jika saya menjawab tinjauan dan matanya tidak muncul dalam akaun saya?
Dalam kes-kes tertentu, ada tinjauan yang dirancang untuk mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan, jadi mata tersebut mungkin tidak akan ditambahkan ke akaun anda sehingga hari terakhir tinjauan. Walau bagaimanapun, jika mata anda tidak muncul dalam beberapa hari setelah melakukan tinjauan, silakan Hubungi Kami.
Bagaimanakah mata ganjaran ditambah ke akaun saya apabila menamatkan tinjauan?
Kami sentiasa cuba memadankan anda dengan tinjauan terbaik dan kadang kala semasa anda memulakan sesuatu tinjauan, anda akan dipindahkan ke tinjauan lain sebagai proses mencari padanan terbaik. Dalam hal ini, mata ganjaran yang ditunjukkan pada halaman terakhir tinjauan adalah jumlah mata ganjaran untuk setiap tinjauan yang anda hadir. Mata ganjaran akan ditambah ke baki akaun anda di bawah nombor tinjauan yang berasingan.
Mengapa saya tidak menerima mata ganjaran selepas mengemas kini Profil Saya?
Melengkapkan profil anda membantu kami memadankan anda dengan tinjauan yang releven. Anda tidak akan memperoleh mata ganjaran dengan melengkapkan profil anda tetapi dengan memastikan ia sentiasa dikemas kini akan membantu anda mendapat lebih banyak jemputan tinjauan. Mata ganjaran yang akan anda perolehi untuk setiap tinjauan akan ditunjukkan sebelum anda menjawab tinjauan tersebut.