Jika anda boleh memilih tahun anda dilahirkan, adakah anda akan memilih dunia pada tahun 1975 atau dunia pada 2025? Hasil kajian menunjukkan gambaran yang menarik tentang perkara yang kita hargai pada hari ini, perkara yang kita rindui dari masa lalu, dan bagaimana generasi yang berbeza melihat dunia di sekeliling mereka.
Daripada sifat optimistik di sesetengah buah negara sehingga ke nostalgia yang mendalam di negara yang lain, kajian global ini menonjolkan perasaan orang ramai tentang kebahagiaan, kemajuan dan kualiti hidup sejak 50 tahun yang lalu.
1975 vs. 2025: Era Manakah Yang Lebih Disukai Masyarakat?
๐ Pecahan Yang Jelas: Era Manakah Yang Lebih Disukai Masyarakat?
Di 30 buah negara, 44% orang mengatakan mereka lebih suka untuk dilahirkan pada tahun 1975, manakala hanya kira-kira satu perempat (24%) memilih 2025. Ternyata bahawa nostalgia memainkan peranan, dengan lebih separuh (55%) percaya bahawa masyarakat lebih bahagia pada masa itu berbanding hanya 16% berpendapat kebahagiaan telah meningkat pada hari ini.
Nampaknya masa lalu mempunyai daya tarikan tertentu dalam imaginasi kolektif kita โ walaupun realiti mungkin menceritakan kisah yang berbeza.
๐ถ๐ง Generasi Tidak Bersetuju
Umur anda benar-benar membentuk pandangan anda tentang dunia.
Gen Z adalah satu-satunya generasi yang cenderung ke arah masa kini, dengan 38% lebih gemar 2025 berbanding 1975. Baby Boomers (54%) dan Gen X (55%) sebahagian besarnya memilih masa lalu. Millennials nampaknya terperangkap di antaranya, 39% memihak kepada tahun 1975 dan 28% memilih 2025.
Jelas sekali, generasi yang lebih tua merasakan hubungan yang lebih kuat terhadap "nostalgia zaman dahulu", manakala orang muda tertarik kepada ruang dan peluang pada hari ini.
๐ฑ Kualiti Kehidupan: Apa yang Telah Bertambah Baikโdan Apa yang Tidak
Masa silam adalah tidak sempurna, begitu juga masa kini, dan masyarakat jelas mempunyai pandangan berbeza tentang aspek mana yang telah bertambah baik.
- 61% percaya persekitaran lebih baik pada tahun 1975.
- 52% menyatakan penjagaan kesihatan telah bertambah baik pada 2025.
- 40% merasakan pendidikan adalah lebih baik pada hari ini.
- 38% menyatakan taraf kehidupan telah bertambah baik dari semasa ke semasa.
Pendek kata, kita menghargai kemajuan perubatan dan kemudahan teknologi, namun kebimbangan terhadapa alam sekitar sangat membebankan fikiran kita. Ia terlihat seperti gabungan di antara kemajuan dan nostalgia yang membentuk pertimbangan kita.
๐ Negara demi Negara: Dunia yang Penuh Perbezaan
Sesetengah negara berasa lebih nostalgia daripada negara yang lain.
New Zealand (52%) dan Australia (51%) menunjukkan pemilihan tertinggi untuk tahun 1975. Korea Selatan berdiri sebagai satu-satunya negara di mana lebih ramai orang yang gemar terhadap tahun 2025 (44%) berbanding 1975 (19%). Perkara ini mencerminkan pemodenan yang pesat dan peningkatan taraf hidup.
Apabila bercakap tentang taraf hidup, di mana anda dilahirkan adalah sangat penting. Di Korea Selatan, 80% mengatakan kehidupan lebih baik pada hari ini, sambil Singapura menghampiri pada 70%. Di sudut spektrum yang sebaliknya ialah Indonesia, mengatakan taraf hidup lebih baik pada tahun 1975 (43%).
Keutamaan masyarakat bagi tahun 1975 nampaknya berakar umbi pada perasaan rasa selamat dan kesejahteraan: hidup tanpa rasa takut terhadap perang atau konflik, berasa selamat di jalanan, kebahagiaan keseluruhan masyarakat, dan kualiti persekitaran. Pendek kata, walaupun kita menghargai kemajuan dan pemodenan, masih ramai mengingati masa lalu dengan keinginan untuk hidup dalam dunia yang lebih mudah, lebih selamat dan bahagia.
๐ Jangka Hayat: Berapa Lama Kita Akan Hidup?
Kajian itu juga mendedahkan bagaimana orang sering salah nilai jangka hayat. Walaupun jangka hayat kini melebihi 75 tahun di kebanyakan negara yang ditinjau, ramai yang memandang rendah terhadap berapa lama orang sebenarnya hidup pada hari ini.
Di Thailand, orang ramai menganggarkan jangka hayat hari ini pada 46.8 tahun, tetapi angka sebenar ialah 76.8 tahun. Masyarakat Korea Selatan adalah yang paling tepat dalam tekaan ini.
Ianya adalah peringatan bahawa perasaan kita tentang masa kini dan juga masa silam boleh menjadi sangat tidak menentu, dan realiti kebiasaanya adalah lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.
Sumber data yang digunakan dalam artikel ini boleh didapati di sini.
โญ Melihat ke belakang, bergerak ke hadapan
Sama ada kita merindui masa lalu atau menerima masa kini, ianya jelas bahawa pandangan kita dibentuk oleh pengalaman, budaya, dan betapa pantasnya dunia berubah. Setiap perspektif membantu dalam membentuk sesuatu cerita.
๐ฃ๏ธ Giliran Anda untuk Berkongsi Pendapat Anda
Bagaimanakah perasaan anda, adakah kehidupan lebih baik pada masa lalu, atau adakah anda percaya yang terbaik masih ada di hadapan? Kajian seperti ini wujud kerana individu yang sebenar berkongsi pendapat jujur mereka tentang dunia di sekeliling mereka.
Jika anda ingin menyuarakan pendapat anda tentang topik seperti ini dan membantu membentuk perbualan yang penting, sertai Ipsos iSay hari ini. Suara anda boleh menjadi sebahagian daripada cerapan global.
