✨ Pencapaian Kehidupan: Wujudkah Usia Yang "Sempurna"?

Kehidupan tidak berpandukan hanya pada suatu garis masa. Ada yang mendapatkan pencapaian tinggi lebih awal, ada pula di kemudian hari, dan ianya adalah perkara biasa. Sama ada anda sedang membina, berkembang atau meneroka perjalanan baru, setiap peringkat mempunyai makna tersendiri. Perspektif anda adalah penting, tidak kira berapa umur anda.

 

1. Kemuncak Kehidupan: Umur 28–35

Di 32 buah negara, golongan dewasa melihat akhir 20-an hingga pertengahan 30-an sebagai tahun-tahun utama untuk pencapaian besar, seperti berkahwin, membeli rumah pertama atau mempunyai anak. Tahun-tahun ini sering dilihat sebagai masa terbaik untuk membina kestabilan keluarga dan kewangan.

 

2. Umur Kemuncak Profesional

Di peringkat global, masyarakat percaya bahawa umur yang ideal untuk cemerlang dalam profesion seseorang kebiasaanya pada akhir 30-an hingga awal 40-an. Tahun-tahun ini dilihat sebagai titik keseimbangan, dengan pengalaman yang mencukupi untuk bekerja pada tahap tertinggi, namun masih penuh tenaga dan dorongan untuk mendapatkan lebih banyak pencapaian.

Aging3 Aug25

3. Bukan Semua Orang Menantikan Usia Tua 

Lebih daripada separuh (57%) orang dewasa global mengatakan bahawa mereka tidak menantikan usia tua, berbanding 38% yang menantikan usia tua. Tetapi apa yang menarik, orang yang lebih muda, mereka yang berpendapatan lebih tinggi, dan mereka yang mempunyai tahap pendidikan tinggi cenderung lebih positif tentang tahun-tahun mendatang

 

4. Usia Tua Bermula pada ... 66?

Pada hari ini, persepsi "usia tua" bermula pada 66 tahun. Dengan jangka hayat purata pada umur 78 tahun, ia menunjukkan bahawa berbaki kira-kira 12 tahun untuk seseorang melalui apa yang dianggap usia tua. Hal ini mencerminkan persepsi bahawa penuaan bermula dalam fasa kehidupan di kemudian hari dan mengambil lebih sedikit daripada yang dibayangkan oleh kebanyakan orang.

 

Sumber data yang digunakan dalam artikel ini boleh didapati di sini

 

Setiap tahun kehidupan mempunyai keajaibannya tersendiri — sejak dilahirkan sehingga pelbagai pencapaian yang bermakna. Umur hanya menandakan tahun, tetapi pengalaman dan pilihan anda yang mentakrifkannya. 

Dengan Ipsos iSay, suara anda penting pada setiap peringkat, jadi teruskan bersuara dan hayati perjalanan hidup anda. 🌟

 

Kongsi siaran ini